v!dE0 peNgHuLu !$tigFaR

Wednesday, August 22, 2012

The secret to solving problems is to find the bridge between the way things are and the way you want them to become.
                                                                                                                                          ( DaVe Koberg)

=m@kn@ ay@t =

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya [Taha : 32 ]

[= MUL@NYA !$L@m =]


Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Si pemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang meembenarkan) Si pemuda : Khabarkanlah kepada ku tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Si pemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Si pemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar si pemuda itu dari majlis tersebut ).
Rasulullah : Tahukah engkau ! Wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang agama kamu.
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

= RENUNGAN BERSAMA =

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan. “Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

-Rah$!@ KeJaYa@N-

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki. Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi. Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13) Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:
1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat. 2) Masukkan matlamat di dalam doa Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar. 3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat. 4) Berterusan dalam mencari ilmu Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha. 5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta kasih-mengasihi sesama manusia. 6) Kenali diri Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif. 7) Menolong insan lain untuk berjaya InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba- hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain. 8) Iklankan matlamat Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53) Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

- !nG@tL@h !!! h!Dup H@nY@ sEmEnt@r@ ... -

=] SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!! Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4.. Para Syuhada 5. Para Penghafal al QURAN 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran / beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman. Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

=s0metH!nG u mu$t rE@d=

In The Name of Allah,

The Most Gracious & The Most MercifulAll Praise be to the one who Created us;

There are some who make His existence a fuss;

Those who disbelieve in
Him,

they are in Loss;

In this life we have a test;

The question: whose fear of
Allah is the best?

To worship him is our quest.

Time and Time again we are faced
with situations;

In which we must make tough decisions; Fools are we,

we think
we're so smart; shaytan attacks us with many ideas like darts;

According to him,
we plan and chart;

Not knowing that he is poisoning our hearts;

The time comes
when we realize the mistake in our Parts; One last chance!,

for some the tauba
starts;

Even still,some don't ask of His Forgiveness;

They don't realize that
they're in a big mess;

Never do they ask of Allah's Mercy;

They have eyes, but
can they really see?;

There are also the righteous however; ?, Forget to ask
Allah

NEVER!;

They ask Allah in every endeavor;

To help them as part of His
Favor;

Then, even if they are affected by Shaytans call;

They are not hurt by
the hard fall;

They quickly get back up, standing tall;

Racing to gain
forgiveness from The Merciful;

Allah promised to answer the caller's call; Take
a lesson from the fitra of the child;

With the lesson of walking they are
trialed;

Yes, they do fall, but they are not beguiled; They get back up and take
a step;

Maybe again they accidentally trip;

But they stand up again and get a
grip;

More and more steps take place;

Before you realize it,

they are walking
with so much grace;

An example for us,

as we grow in our age and Deen;

Like the
baby, hard challenges we have seen;

As the baby walks with so much grace; We
should also pick up our pace;

We are travelers, there is no question;

To Allah
is our ultimate destination!

May the Prayers and blessings of Allah be on His
beloved;

and on the companions who prayed and strived;

That the Deen of Allah
might be car


= Renung@N ...jDiK@n peNg@jr@n =


2-1= 0???
Dari segi ilmu metamatik, jawapan pengiraan di atas memang salah. Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya.
Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam. Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya. Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa. Tiada setengah atau suku darinya.
Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan.
Dan sebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)
Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)
Aplikasi Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya.
Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak. Harus lengkapi syarat-syarat yang sepatutnya.
Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai fesyen dan corak. Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung. Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan. Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?
Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara dirinya kerana Allah........

....Re@d s0mEtHing ......

Qailulah Yang Tersirat,


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi : "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata : "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'